Tuesday 31 January 2012

Tugasan Banner

Tugasan Banner
 Laman Web Pilihan

Tugasan 2

1)   http://www.smkkanowit.com/
2)   http://skuluranan.webs.com/
3)   http://www.skpekandua.com/news.php
4)   http://www.smkrajaperempuanipoh.com/   
5)   http://smkseksyen5wm.blogspot.com/

Ulasan

Hasil pemerhatian,  saya berpendapat Laman Web SMK. Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihannya.  Cara dipaparkan bahan-bahan dalam Laman Web tersebut juga menarik.  Banyak panduan-panduan untuk pengunjung Laman Web ini khasnya untuk pelajar-pelajarnya dan guru-guru sekolah.  Pemilihan warna yang tidak terang amat menarik sekali.  Begitulah juga dengan pembahagian maklumat untuk memudahkan pengunjung melihat dan membacanya.

Laman Web sekolah ini juga dimuatkan dengan Pautan Dalam yang memberi laporan tentang Panitia-Panitia Matapelajaran dan kelab-kelab yang ada di sekolah.  Selain Pautan Dalaman turut dimuatkan Pautan Pilihan.  Untuk memudahkan guru-guru dan pengunjung Laman Web ini,  dipaparkan juga maklumat JPN Wilayah Persekutuan,  KPM,  BTPN dan JPA. Keseluruhannya Laman Web sekolah ini amat menarik dan menepati kehendak setiap pengunjungnya.











  Tugasan 1

Sekolah-Sekolah Yang Mempunyai Blogger 

1)  http://skpadangkota.blogspot.com/
2)  http://smksm.blogspot.com/
3)  http://smksiskb.blogspot.com/ 
4)  http://tgbatusdk.blogspot.com/
5)  http://sainskp.blogspot.com/

 Antara lima buah sekolah yang disenaraikan di atas yang mempunyai laman  blognya sendiri,  didapati laman blog SMK. Syed Mashor,  Batang Kali lebih menarik.  Ini disebabkan beberapa kelebihan yang terdapat pada laman blog tersebut :
a)  Laman blog sekolah ini sentiasa dikemas kini dengan berita-berita terbaru berbanding sekolah lain yang tidak mengemas kini bahan yang dipaparkan.
b)  Cara susun atur berita mudah untuk dibaca dan difahami.  Susunan gambar juga menarik walaupun berkisar kepada aktiviti sekolah
c)  Pengunjung laman blog sekolah ini juga dapat merujuk jadual sembahyang dan menyemak perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan dengan adanya ruangan 'Semak Online'.  Panduan-panduan ini akan menarik minat pengunjung untuk melayarinya.