Tuesday 31 January 2012

 Laman Web Pilihan

Tugasan 2

1)   http://www.smkkanowit.com/
2)   http://skuluranan.webs.com/
3)   http://www.skpekandua.com/news.php
4)   http://www.smkrajaperempuanipoh.com/   
5)   http://smkseksyen5wm.blogspot.com/

Ulasan

Hasil pemerhatian,  saya berpendapat Laman Web SMK. Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihannya.  Cara dipaparkan bahan-bahan dalam Laman Web tersebut juga menarik.  Banyak panduan-panduan untuk pengunjung Laman Web ini khasnya untuk pelajar-pelajarnya dan guru-guru sekolah.  Pemilihan warna yang tidak terang amat menarik sekali.  Begitulah juga dengan pembahagian maklumat untuk memudahkan pengunjung melihat dan membacanya.

Laman Web sekolah ini juga dimuatkan dengan Pautan Dalam yang memberi laporan tentang Panitia-Panitia Matapelajaran dan kelab-kelab yang ada di sekolah.  Selain Pautan Dalaman turut dimuatkan Pautan Pilihan.  Untuk memudahkan guru-guru dan pengunjung Laman Web ini,  dipaparkan juga maklumat JPN Wilayah Persekutuan,  KPM,  BTPN dan JPA. Keseluruhannya Laman Web sekolah ini amat menarik dan menepati kehendak setiap pengunjungnya.











No comments:

Post a Comment